Feb 17, 2016

14 Sebab Anda Berhutang

Sumber:Internet

Masalah hutang sentisa menjadi masalah kebanyakan orang. Pernah tidak anda terfikir kenapa anda berhutang? Di bawah ini saya berikan sebab-sebab mengapa majoriti orang berhutang.

1. Membeli Barang Yang Tidak Diperlukan
Berhentilah membeli barang-barang menurut kata hati anda! Jika perlu hindarilah pergi ke pasaraya sekiranya ada kesuntukan wang. Sebab tahukah anda pasaraya adalah sumber hutang peribadi anda. Tidak ada alasan memanjakan diri anda dengan membeli barang-barang berjenama yang sebenarnya anda tidak perlukan.

2. Membeli Barang Secara Borong Mengunakan Kad Kredit
Anda menggunakan kad kredit untuk membeli barang-barang yang anda tidak mampu membelinya secara tunai. Jika anda tidak boleh membeli secara tunai hari ini, jangan membelinya! Sesederhana itu rumusnya. Contohi sesetangah individu yang bijak menguruskan kewangan mereka, mereka mempunyai satu sikap disiplin yang tinggi dan mengamalkan berbelanja dalam kemampuan sendiri. Jika mereka perlukan sesuatu barang, wang akan dikumpul dan golongan ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu sehingga wang yang dikumpul cukup untuk membeli barang yang mereka perlukan.

3. Membeli Demi Status Sosial
Kereta membawa anda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dompet adalah tempat menyimpan wang dan surat-surat penting anda. Kacamata hitam melindungi mata anda dari sinaran matahari. Jika anda selalu membayar mahal untuk produk-produk tersebut demi status sosial, 'trend' atau gaya, berbanding dengan fungsinya itu sendiri, bererti anda sengaja mencari masalah.

4. Membeli Kereta Baru Setiap Beberapa Tahun.
Kereta berfungsi membawa anda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Jika anda membeli sebuah kereta baru setiap beberapa tahun walaupun kereta lama anda masih boleh berfungsi dengan sangat baik, maka anda sengaja membiarkan diri anda terjebak dengan masalah berhutang.

5. Anda Membeli Sesuatu Yang Sebetulnya Boleh Anda Pinjam Atau Sewa.
Jika anda hanya sesekali menggunakan barang tersebut, kenapa anda tidak meminjam dari kawan-kawan anda atau menyewanya saja? Sebagai contoh, saya hampir saja membeli sebuah tangga lipat yang mungkin saya hanya pergunakan setahun 1-2 kali, padahal saya boleh pinjam dari ibu bapa saya.

6. Anda Membayar Harga Normal Bagi Setiap Barang / Perkhidmatan Yang Anda Beli.
Anda boleh berjimat jika saja anda mahu menunggu membeli barang / perkhidmatan dan membeli-belah pada outlet-outlet yang memberikan ‘discount’. Bijaklah dalam membeli.

7. Anda Terlalu Mengikut Kehendak Naluri Anda
Walaupun ada yang tahu mereka tidak mampu membeli barangan yang bukan keperluan, tapi semata-mata ingin memenuhi kehendak naluri mereka, ada golongan yang sangup berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka. Mereka berbelanja di luar kemampuan dari segi kewangan.
Perkara ini terjadi pada dasarnya kerana mereka tidak dapat menguasai keinginan diri dan bertindak secara tidak rasional sehingga mereka tidak sedar bahawa kebiasaan berhutang untuk menjaga reputasi seperti mesti memakai pakaian berjenama mahal dan sebagainya akan membeban mereka dengan masalah hutang.

8. Anda Tidak Mempunyai Rencana Anggaran.
Adakah anda beranggapan bahawa jika anda menunggu dan mencari wang lebih banyak, maka kewangan anda akan pulih dengan sendirinya? Jika anda berfikiran seperti itu maka anda salah besar! Anda perlu membuat rencana anggaran yang serius untuk menlangsaikan hutang-hutang anda serta mula membina kekayaan. Jadi mulailah membuat rencana anggaran sekarang!

9. Anda Tidak Mengoptimumkan Modal Yang Anda Miliki.
Anda harus membuat kesempatan wang anda untuk membuat wang kembali (leverage). Setiap modal yang anda miliki, tidak peduli seberapa kecil, harus digunakan untuk pelaburan. Jika modal anda tidak dilaburkan, maka wang anda akan kehilangan nilainya kerana faktor inflasi.

10. Anda Berkahwin Dengan Pasangan Yang 'Shopping Oriented'.
Anda tidak akan keluar dari lilitan hutang jika anda berkahwin dengan seseorang yang selalu membelanjakan wang yang anda hasilkan. Jadi tolong menasihat pasangan hidup anda untuk sama-sama bertanggung jawab terhadap kewangan, demi masa depan yang akan datang. Ingat, biar susah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

11. Anda Tidak Pernah Dibekalkan Pendidikan Dasar Tentang Tatacara Kewangan.
Ilmu kewangan bukan naluri yang dibawa sejak lahir. Anda harus cukup mendapatkan pendedahan pendidikan tentang tatacara kewangan. Jika tidak, anda mungkin tidak akan kemana-mana, tetapi hidup dalam lilitan hutang.

12. Anda mempunyai mentaliti 'ingin cepat kaya'.
Anda terlalu obsess ingin mengejar kekayaan dalam sekelip mata. Akibatnya, anda mudah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya. Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

13. Anda Mempunyai Tabiat Yang Buruk.
Gaya hidup sosial yang sangat bebas tanpa memikirkan batasannya juga boleh  menukar kesenangan jangka pendek / sesaat dengan kesengsaraan jangka panjang, iaitu hutang dan ketidakselesaan Sebagai contoh, menghadiri konsert-konsert hiburan, membuat ‘party’ dapat menyebabkan anda mengeluarkan duit yang banyak kepada aspek yang tidak berfaedah seterusnya anda dilitupi hutang.

14. Berhutang Apabila Berlaku Hal Kecemasan Tanpa Diduga
Bukan semua orang suka untuk berhutang. Terdapat juga segelintir golongan yang pandai menguruskan kewangan peribadi mereka. Walau bagaimana pun, seperti pepatah Melayu “malang tidak berbau” dalam keadaan kecemasan seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, seseorang individu mungkin terpaksa berhutang untuk mendapat wang sebagai jalan penyelsaian untuk keluar daripada musibah tersebut.